|
 |
 |
 |
 |
 |
Laporan PMR 2001: |
|
 |
|
|
KUALA LUMPUR, Khamis - Keputusan keseluruhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini bertambah baik dengan 70 sekolah mencapai 100 peratus penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran.
Seramai 13,875 pelajar atau 3.5 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 11,575 pelajar atau 2.9 peratus tahun lalu, meningkat 0.6 peratus.
Sebelas mata pelajaran iaitu tujuh mata pelajaran teras, termasuk Bahasa Inggeris dan empat mata pelajaran tambahan, menunjukkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 11 peratus.
Tiga lagi mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Matematik, bagaimanapun mengalami sedikit penurunan iaitu antara 0.9 hingga 1.6 peratus. Satu lagi mata pelajaran iaitu Bahasa Arab kekal pada 85.7 peratus.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Abdul Rafie Mahat, ketika mengumumkan keputusan itu di sini hari ini berkata, pencapaian PMR bagi 2001 keseluruhannya bertambah baik, sama ada dari segi kuantiti atau kualiti berbanding tahun lalu.
Seramai 395,578 murid Tingkatan Tiga di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan menduduki peperiksaan itu tahun ini berbanding 392,962 pelajar tahun lalu.
Keputusan PMR 2001 dikeluarkan di semua sekolah mulai jam 11 pagi ini. Calon persendirian dan perseorangan akan menerima keputusan melalui pos daripada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Prestasi tujuh mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu dengan penguasaan minimum bagi Bahasa Inggeris sebanyak 62.4 peratus (naik 2.6 peratus), Sejarah 90 peratus (naik 0.3 peratus), Geografi 94.7 peratus (naik 1.9 peratus) dan Sains 95.2 peratus (naik 0.1 peratus).
Penguasaan minimum bagi Kemahiran Hidup Bersepadu 1 ialah 93 peratus (naik 0.6 peratus), Kemahiran Hidup Bersepadu 2, 94.7 peratus (naik 0.5 peratus) dan Kemahiran Hidup Bersepadu 3, 90 peratus (naik 1.1 peratus).
Empat mata pelajaran tambahan turut mencatatkan peningkatan dengan tahap penguasaan minimum bagi Bahasa Cina 82.4 peratus (naik 6.5 peratus), Bahasa Tamil 66.4 peratus (naik 1.1 peratus), Bahasa Iban 91.4 peratus (naik 4.1 peratus) dan Bahasa Punjabi 86.8 peratus (naik 11 peratus).
Bagaimanapun, tiga mata pelajaran teras mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun lalu dengan tahap penguasaan minimum bagi Bahasa Melayu 91.5 peratus (turun 1.0 peratus), Pendidikan Islam, 91.8 peratus (turun 1.6 peratus) dan Matematik, 90.6 peratus (turun 0.9 peratus).
Abdul Rafie berkata, daripada 70 sekolah yang memperoleh pencapaian 100 peratus pada tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran, 31 adalah sekolah berasrama penuh (SBP), 15 sekolah harian, empat sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), empat sekolah kelolaan kerajaan negeri, lima sekolah swasta dan satu Maktab Tentera Diraja.
Sekolah berasrama penuh juga menunjukkan pencapaian tinggi pada peringkat cemerlang dalam semua mata pelajaran dengan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, mencatat 88.7 peratus atau 102 daripada keseluruhan 115 pelajarnya.
Ia diikuti Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (79.9 peratus), Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (77.6 peratus), Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban, (77.5 peratus), Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur (77.4 peratus) dan Kolej Melayu Kuala Kangsar (76.9 peratus).
Bagi kategori sekolah lain, enam mencatatkan peratusan tertinggi pada peringkat cemerlang dalam semua mata pelajaran, didahului Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur (58.3 peratus) dan SMK Victoria, Kuala Lumpur (45.2 peratus).
Ini diikuti SMK Sultanah Asma, Alor Star, (43.8 peratus), SMK Sultan Badlishah, Kulim, (41.0 peratus), Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri (39.6 peratus) dan SMK King George V, Seremban, (36.5 peratus).
Semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mencatatkan pencapaian 100 peratus pada tahap penguasaan minimum dalam semua mata pelajaran dengan MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan, terbaik pada 58.5 peratus.
Abdul Rafie juga berkata, 6,953 tempat di sekolah berasrama penuh akan ditawarkan pada sesi pengajian tahun depan iaitu 4,838 tempat (2,766 lelaki dan 2,072 perempuan) bagi Tingkatan 1 dan 2,115 tempat (1,106 lelaki dan 1,009 perempuan) bagi Tingkatan 4.
Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 22 pengetua sekolah yang mencatatkan pencapaian cemerlang.
Sumber Berita Harian (28hb Disember 2001) |
|
 |
|
Subjek |
Peratusan 2001 |
Peratusan 2000 |
Bahasa Melayu |
91.5% |
92.5% (-1.0%) |
Bahasa Inggeris |
62.4% |
59.8% (+2.6%) |
Sejarah |
90.0% |
89.7% (+0.3%) |
Geografi |
94.7% |
92.8% (+1.9%) |
Pendidikan Islam |
91.8% |
93.4% (-1.6%) |
Matematik |
90.6% |
91.5% (-0.9%) |
Sains |
95.2% |
95.1% (+0.1%) |
KHB (1) |
93.0% |
92.4% (+0.6%) |
KHB (2) |
94.7% |
94.2% (+0.5%) |
KHB (3) |
90.0% |
88.8% (+1.2%) |
Bahasa Arab |
85.7% |
85.7% |
Bahasa Cina |
82.4% |
75.9% (+6.5%) |
Bahasa Tamil |
66.4% |
65.3% (+1.1%) |
Bahasa Punjabi |
86.8% |
75.8% (+11.0%) |
Bahasa Iban |
91.4% |
87.3% (+4.1%) |
|
|
Jadual: Perbezaan peratus kelulusan antara tahun 2000 dengan tahun 2001. |
|
 |
|
Subjek |
Bil. |
A |
B |
C |
D |
ABCD |
E |
Bahasa Melayu |
392486 |
20.9 |
35.3 |
22.4 |
12.9 |
91.5 |
8.5 |
Bahasa Inggeris |
392503 |
11.4 |
13.1 |
16.6 |
21.3 |
62.4 |
37.6 |
Sejarah |
391841 |
12.7 |
19.4 |
25.0 |
32.8 |
90.0 |
10.0 |
Geografi |
392449 |
12.1 |
16.4 |
31.6 |
34.6 |
94.7 |
5.3 |
P. Islam |
256403 |
18.2 |
32.9 |
25.3 |
15.5 |
91.8 |
8.2 |
Matematik |
392323 |
19.8 |
15.3 |
21.6 |
34.0 |
90.6 |
9.4 |
Sains |
392314 |
17.6 |
13.2 |
17.1 |
47.3 |
95.2 |
4.8 |
KHB (1) |
166364 |
23.2 |
26.7 |
29.3 |
13.9 |
93.0 |
7.0 |
KHB (2) |
154549 |
22.3 |
25.5 |
30.9 |
16.0 |
94.7 |
5.3 |
KHB (3) |
74223 |
13.2 |
28.5 |
28.9 |
19.5 |
90.0 |
10.0 |
Bahasa Arab |
20039 |
17.6 |
21.6 |
20.0 |
26.6 |
85.7 |
14.3 |
Bahasa Cina |
57293 |
18.9 |
18.4 |
25.7 |
19.5 |
82.4 |
17.6 |
Bahasa Tamil |
11121 |
11.1 |
19.7 |
16.9 |
18.7 |
66.4 |
33.6 |
Bahasa Punjabi |
38 |
18.4 |
26.3 |
18.4 |
23.7 |
86.8 |
13.2 |
Bahasa Iban |
4488 |
11.6 |
26.9 |
33.6 |
19.4 |
91.4 |
8.6 |
|
|
Jadual: Peratusan prestasi PMR 2001 |
|
 |
|
Negeri |
Bil. Pelajar |
Bil. Pelajar Grad A |
Peratusan Lulus |
Perak |
43596 |
1484 |
53.4% |
Selangor |
54273 |
3206 |
63.3% |
Pahang |
24889 |
647 |
55.2% |
Kelantan |
28309 |
605 |
53.2% |
Sabah |
34339 |
389 |
47.2% |
Johor |
47523 |
1268 |
54.5% |
Kedah |
31175 |
861 |
51.8% |
Melaka |
12741 |
537 |
59.3% |
N. Sembilan |
17654 |
873 |
57.8% |
Penang |
20419 |
875 |
60.0% |
Perlis |
4815 |
136 |
51.7% |
Sarawak |
33598 |
958 |
56.6% |
Terengganu |
20305 |
448 |
47.3% |
Kuala Lumpur |
21943 |
1591 |
67.3% |
Keseluruhan |
395578 |
13875 |
55.8% |
|
|
Jadual: Bilangan pelajar yang menduduki PMR 2001, bilangan pelajar yang mendapat grad A dalam semua subjek dan peratus kelulusan, mengikut negeri. |
|
 |
|
|
 |
 |
 |
|
|